Friday, 11 March 2016

4 Jenis Guru Wajib kita ada.

Bila kita berbisnes, kita wajib miliki 4 jenis guru ini supaya kita lebih cepat capai kejayaan dan matlamat kehidupan. 

Bila kita ada 4 jenis guru ini dalam bisnes, segala jawapan yang kita mahukan ada pada mereka.


1) Guru Motivasi & Keberanian

.
Untuk terbang lebih tinggi dalam bisnes kita perlukan sayap kebijaksaan dan keberanian.

.
Untuk kekal berani,guru ini yang kita perlukan. Yang boleh kejutkan kita dari mimpi,yang boleh marahkan kita,yang boleh tegur kita.

.
Sedangkan phone kita boleh charge sampai 2x sehari,inikan pula kita sebagai manusia biasa.
Motivasi dari dalam diri,sudah bagus namun untuk konsisten perlu ada guru.

.
Guru ini kita sering jumpa bila kita alami masalah dan emosi sedang down.
Sehebat manapun manusia itu,pasti ada orang yang mahu dijumpa untuk berkongsi rasa hati.

.
Sebab itu ada orang yang mahu ke program2 atau kelas2 bisnes semata-mata mahu kekalkan energy, kerana disitu mereka berjumpa dengan guru ini.


2) Guru Pengurusan & Sistem

.
Ramai yang memiliki guru yang ajar mengenai duit buat duit. Ini sudah betul,sebab asas bisnes adalah buat duit.

.
Namun untuk mengembangkan bisnes,menambah cawangan perlu adanya guru ini. Guru yang berkongsi mengenai dunia urus bisnes serta dunia urus duit.

.
Guru yang berkongsi sistem yang membolehkan kita mengembangkan perniagaan sedia ada melalui pengurusan yang betul.

.
Banyak bisnes tutup sebab pemilik bisnes tidak memilik guru ini, seperti yang pernah terjadi kepada saya sendiri kerana mengabaikan aspek pengurusan dalam bisnes.

.
Walaupun ketika itu sudah mencapai jualan 7angka, tanpa ada guru pengurusan syarikat dan bisnes RANAP begitu sahaja.

.
Jika anda sebagai pemilik bisnes belum ada guru ini,cari SEGERA untuk perbaiki sistem dan pengurusan bisnes kita.

3) Guru Teknikal & Operasi

.
Guru ini adalah orang yang mengajar kita dalam bidang yang kita ceburi.

.
Sebagai contohnya,orang yang buat bisnes printing perlu ada guru yang buat bisnes printing yang terbukti berjaya.

.
Belajar khusus dalam bidang teknikal supaya dapat barang yang berkualiti,supplier di mana,dunia troubleshooting.

.
Bagi yang buat bisnes kek,cari guru yang ajar bagaimana nak buat kek yang sedap dan menggunakan bahan-bahan yang betul.

.
Segala ilmu teknikal dan operasi dalam bisnes,akan ditunjukkan terutamanya masalah dalaman bisnes itu sendiri.

.
Jika mahu berjaya dalam industri tranining,cari guru yang buat training dan berjaya dalam bidangnya. Pelajari segala ilmu berkaitan dunia training,
terutamanya ilmu pentas,ilmu set up context,persediaan sebelum,semasa dan selepas pentas,customer servis,back end produk.

.
Setiap orang hanya akan faham dalam bidang yang diceburi.



4) Guru Agama Kerohanian

.
Setiap manusia dilahirkan mempunyai jiwa dan roh,sebab itu kita perlukan agama dan suntikan rohani ke dalam diri kita.

.
Orang yang tidak ada agama dalam diri,akan hilang dirinya sendiri. Jika kita sudah rasa hilang dengan diri sendiri,kembali semula dengan agama.

.
Orang yang ada guru agamanya sendiri,sentiasa dengan Tuhan. Sebab itu Tuhan banyak bantu mereka.

.
Orang yang tidak memberi makan pada rohaninya,biasanya dalamnya sunyi dan akan rasa kosong.

.
Orang yang memberi makan pada rohaninya melalui zikir dan amalannya,bantuan Tuhan sentiasa ada pada mereka.

Mereka buat sikit,tapi dapatnya banyak sebab rohani mereka terisi.

Mereka yang berjaya umumnya PASTI ada guru agama dan kerohanian mereka sendiri.