Monday, 27 July 2015

3 JENIS SIKAP MANUSIA DI DALAM DIRI KITA DAN DI SEKELILING KITA YANG PERLU KITA KENAL PASTI


3 JENIS SIKAP MANUSIA DI DALAM DIRI KITA DAN DI SEKELILING KITA YANG PERLU KITA KENAL PASTI

                                                                                           1.SIKAP HERO- Mereka proaktif, mereka menimbangkan sesetiap perkara dengan ilmu dan iman kemudian focus untuk bertindak untuk capai matlamat mereka. Mereka percaya bahawa diri mereka bertanggungjawab dengan setiap tindakkan mereka selain dari yakin dengan doa dan kuasanya. Mereka kurangkan focus kepada masalah tetapi focus cari jalan penyelesaian. Mereka bersedia melakukan apa sahaja yang perlu untuk capai matlamat mereka. Mereka juga suka membantu atau menyokong kejayaan orang lain. Suka bersyukur dan berterima kasih adalah salah satu sikap  mereka.

2.SIKAP BIAWAK- ada kisah kenapa kita namakan sikap biawak dimana biawak suka makan bangkai. Sikap biawak adalah sikap mereka yang masanya sangat banyak focus kepada masalah,alasan, negative, prasangka buruk , salahkan orang lain, dan tidak bertanggungjawab. Manusia yang suka mengumpat dan bercakap buruk di belakang orang lain dikatakan manusia yang suka makan bangkai atau makan daging saudara mereka sendiri, jadi ada persamaan dengan kebiasaan biawak. Mencari salah orang, mengungkit dan tidak berterima kasih adalah ciri ciri mereka.


 3.SIKAP SIPUT BABI- ada sebab kenapa dipanggil sikap siput babi. Kenapa siput babi berjalan perlahan? Sebab siput babi keliru samada dia siput atau babi. Dek sebab  asyik fikir dan keliru sepanjang hayat dia samada dia siput atau babi, maka bergeraklah dia dengan perlahan lahan. Ini gurau sahaja, gurau pon x bleh erk. Mende entah! Jangan jadi seperti siput babi. Mereka umpama siput babi ini mereka bijak pandai CGPA mungkin bagus, tahu segala perkara dalam dunia tetapi tidak berani bertindak! Tidak berani kehadapan untuk lead sesuatu perubahan atau perkara. Mereka pilih  untuk jadi pengikut dan ikut bodoh bodoh walaupun yang diikutnya itu mungkin bukan pandai sangat atau betul sangat…..pernah jumpa orang macam tuh? Menolak apabila diberi tanggungjawab menjadi pemimpin, lebih baik mendiamkan diri dari menyuarakan pandangannya adalah ciri2 mereka.
Jadi  ini adalah 3 sikap asas karektor yang ada pada ramai manusia samada pada diri kita atau orang sekeliling kita. Anda rasa anda sikap yang mana?


No comments:

Post a Comment