Tuesday, 23 February 2016

11 KESILAPAN YANG MEMBUANG MASA DALAM PERNIAGAAN


1.MASALAH KOMUNIKASI
-bila kita tidak berterus terang dalam berkomunikasi sesame kita, kita buang masa dengan salah sangka, “ASSUMTION” sendiri, negatif dalam otak sendiri sedangkan perkara sebenar mungkin tidak sepertimana yang kita sangkakan.

2.TIDAK JELAS HALA TUJU
-Bila kita tidak jelas apakah bisnes kita sebenar dan bagaimana kita bina sumber pendapatan diri kita.

3.TIDAK AMBIL PELUANG
-kita buang masa bila kita tidak maksimakan setiap peluang yang ada untuk pasarkan produk atau perkhidmatan kita.

4.TIDAK ADA KETUA
-Kita buang masa bila kita tidak letakkan leader atau coach yang bagus untuk memandu perniagaan kita.

5.TIDAK KENAL PELANGGAN
-bila kita tidak kenal pasti siapa pelanggan kita yang kita benar benar ingin beri manfaat kepada mereka.

6.TIDAK KENAL “PERMATA” PERNIAGAAN
-bila kita bukan sahaja tidak kenal pasti sejelas-jelasnya siapa pelanggan yang terbaik yang kita mahukan malah kita tidak jelas siapakah “PERMATA” yang paling bernilai dan mahu berterusan tambah nilai kepada mereka. “DIAMOND HUNTING” sepatutnya misi utama kita.

7.TIDAK TAHU KEHENDAK PELANGGAN
-kita tidak tahu apa yang pelanggan mahu dan tidak mahu

8.TIADA KERJASAMA
-kita buang masa berniaga bila kita tidak bekerjasama dan selari dengan semua komponen bisnes yang ada di sekeliling kita

9. TIDAK SERIUS BERNIAGA
-Bila kita hanya fikir nak buat duit “KECIL-KECIL” sedangkan sebenarnya kita boleh buat duit besar-besar dan berpanjangan.

10. TIDAK TAHU BANYAK PERKARA
-kita buang masa berniaga bila kita sendiri tidak jelas siapa kita, siapa pelanggan terbaik kita, siapa pelanggan yang kita mahu menjadi pelanggan kita, apa misi kita dan apa matlamat kita 5 tahun akan datang.

11.TIDAK BERILMU

-kita buang masa buat semua ini bila kita tidak mempunyai ilmu membina bisnes yang betul dan tidak tahu bagaimana untuk “MASTER YOU BUSINESS”

No comments:

Post a Comment