Bismillahi rahman nirrahim.. (dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)..
SAMA-SAMALAH MENJAGA HATI KITA..
SALAH satu sifat terkeji ialah perasaan iri hati dan dengki.. Dengki ertinya perasaan tidak senang terhadap orang yang mendapat nikmat dan sebaliknya merasa senang melihat orang kehilangan nikmat itu..
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Dan tidak berkumpul di dalam hati seorang hamba rasa iman dan iri hati..” (Riwayat al-Baihaqi)..
Dan dalam hadis yang lain baginda bersabda yang tafsirnya:
“Hindarilah oleh kamu daripada hasad (dengki) kerana hasad itu memakan segala amal kebajikan bagaikan api memakan kayu..” (Riwayat Abu Daud).. astaghfirullahal'azim.. nauzubillahminzalik.. wallahu'alam..
Bismillahi rahman nirrahim.. (dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)..
Kita adalah manusia biasa bukan Nabi..
Kita bukan Nabi, Nabi maksum(terpelihara daripada melakukan maksiat)..
Kita tidak sunyi daripada salah dan silap termasuk tuan guru-tuan guru..
Kita manusia ada bermacam-macam kelemahan dan kekurangan..
Maka atas dasar itulah Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun sentiasa memberi peluang untuk hamba-hambaNYA memohon ampun dan maaf..
Oleh itu jugalah agama menganjurkan kita agar MEMAAFKAN KESALAHAN saudara seIslam kita apatah lagi yang bergelar sahabat atau kawan seperjuangan.. Kita tidak hina kerana memaafkan kesalahan sahabat.. Begitu juga kita TIDAK HINA KERANA MENGAKU KESALAHAN yang telah berlaku.. Sifat MEMAAFKAN KESALAHAN orang lain adalah antara sifat yang sangat mulia.. astaghfirullahal'azim.. na'uzubillahminzalik.. wallahu'alam..