Saturday, 1 February 2014

JANGANLAH IRI HATI

Bismillahi rahman nirrahim.. (dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)..

Hendaklah disedari bahawa apa yang diperolehi oleh seseorang, maka Allah jua yang memberikannya.. Maka cemburu sehingga benci dan marah bererti membenci dan memarahi Allah.. Oleh kerana itulah Allah mengingatkan kita:

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain.. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu..” [al-Nisa’ 4:32]..

Kita sesama umat Islam hendaklah tumpang gembira apabila saudara kita memperolehi sesuatu.. Kita bergembira untuknya seolah-olah kita sendiri yang mendapat kelebihan tersebut.. “I am happy for you” bukan sekadar slogan masyarakat Barat tetapi juga sesama umat Islam.. Rasulullah bersabda:

“Tidaklah (sempurna) iman seseorang kalian sehinggalah dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya.” [Shahih al-Bukhari, no: 13].. astaghfirullahal'azim.. wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment