Saturday, 1 February 2014

ISLAM AGAMA MULIA

Bismillahi rahman nirrahim.. (dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)..

Kita adalah manusia biasa bukan Nabi..
Kita bukan Nabi, Nabi maksum(terpelihara daripada melakukan maksiat)..
Kita tidak sunyi daripada salah dan silap termasuk tuan guru-tuan guru..
Kita manusia ada bermacam-macam kelemahan dan kekurangan..
Maka atas dasar itulah Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun sentiasa memberi peluang untuk hamba-hambaNYA memohon ampun dan maaf..

Oleh itu jugalah agama menganjurkan kita agar MEMAAFKAN KESALAHAN saudara seIslam kita apatah lagi yang bergelar sahabat atau kawan seperjuangan.. Kita tidak hina kerana memaafkan kesalahan sahabat.. Begitu juga kita TIDAK HINA KERANA MENGAKU KESALAHAN yang telah berlaku.. Sifat MEMAAFKAN KESALAHAN orang lain adalah antara sifat yang sangat mulia.. astaghfirullahal'azim.. na'uzubillahminzalik.. wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment