Thursday, 16 April 2015

Catatan Kuliah Tok Guru (008)


( untuk orang kelantan anda tak perlu baca kata dalam kurungan. Kata itu hanya untuk orang luwau (luar) sahaja.)

Kedai krinting (salon) situ ada sini ada . Loni tak ada krinting rambut ( buat fesyen) tak ada guna sebab kena pakai tudung. Buka rambut ni aurat. Sebab itu nak sembahyang rambut nampak seurat(sehelai), batal sembahyang sebab terbuka aurat. Seurat rambut pun dah batal apa kata kalau sebutir (seluruh) kepala. Begitu jahilnya masyarkat kita caro ko ( lebih utama) buat jalan buat retak(jambatan) akhirat tak caro (peduli). Jahil lagu ni bo lah (tak payah lagi) undi. Jahil pah kita( jahil berjangkit kpd kita). Jahil ni orang buta.bersain(sahabat) dengan orang buta.Kita ada kereta tapi bui ko (bagi kepada) orang buta bawa kereta.?tepoh( Eksiden) mapuh( mati)
Orang tidak mukmin ( kafir) nak sangat kiamat. Sewaktu nabi ada di mekah....bumi mati.langit pun mati. Cuma orang tak panggil (sebut)mati. Orang panggil hancur. Rumah kita belah mana (setara mana) kukuh pun mati. Cuma orang tak panggil mati orang panggil runtuh. Jadi dunia ini akan mati serupa kita juga. Baik bumi baik langit( semua sekali). Dalam surah qadam( juz amma) dari surah amma yatasa hingga akhir tiada lain selain hari kiamat.
Kiamat maknanya bangun. Setiap orang yang mati mesti bangun apabila sampai tempoh nya. Rumput yang mapuh(mati) kena racun sampai masanya dia hidup balik. mari api (rumput) hidup balik. Kita ligan(pijak-pijak) dia. Hidup balik.Jadi benda(perkara) yang depan mata berlaku. Bakpo(kenapa) mu tak cayo(percaya). Jadi orang kampung (penduduk) mekah apabila nabi saw sebut bahawa kita hidup balik. dia(mereka) buat nyayi(mengejek). hey(wahai) muhammad saw bila kita mati tulang hak(yang) keras hancur le ek(lebur). Jadi pah bila kiamat. Buat ngayi. Lepah tu hey muhammad wat mari(sila datangkan) sikit nak tengok.
Sebenarnya orang beriman nak sangat kiamat. Tapi orang kafir gedebar perut(susah hati) dengar kiamat. Contoh kita lalu kot roadblock. Tak rungsing. Roadtax bayar. lesen hidup( belum tamat). Polis sekat tengah jalan. Tak ada apa(tak kisah).nak buat 5 kali sehari tak apa.kesiapan kita bawa. Nak turun tadi kita bawa belaka. Cukup lengkap. Tapi kalau budak kecil (remaja) bawa kereta .lesen tiada pah tu berekei(dibawa) ke balai polis.
Kita duduk(tinggal) atas dunia ini polis Tuhan dia tengok siang dan malam. iaitu rakib atib. Malaikat. Hari(malam) jumaat kita baca surah yasin. Inna nahnu nuhyi. Sesengguhnya Kami . Inna kami. Nahnu kami. Nuhyi kami. Tiga kali kami. Menghidupkan orang mati. Hey(wahai) muhammad saw royat (beritau) kepada semua orang bahawa Aku(Tuhan) akan menghidupkan semua orang mati. Dan Kami tulis semua apa yang manusia buat atas dunia. Lo lo ni(sekarang ini) ambo sedang bercakap . Adik kakak sedang mendengar semua ditulis oleh malaikat. Dan semua kesan. Tapak kaki kita ko. Tulis belaka.
Dan dalam satu hadis qudsi...
Bersambung..

Catatan Kuliah Tok Guru (007)


Sewaktu nabi saw balik dari bertapa(uzlah) di gua hira. Baginda rasa rungsing melihat keadaan orang mekkah. Judi. Bini 40 orang seorang. Merompak. Kalau dia keluar merompak waktu malam dan tak ada rumah orang maka dia rompak rumah adik beradik sendiri. Gapo lagi. Ambil duit orang tak bayar. Nabi saw pula dok tengok jah( memerhatikan saja) sebab belum jadi nabi dan tak ada ilmu tetang itu. Maka nabi saw pergi gua hira.
Sewaktu ambo mekkah . Tengok gua hira. Nak naik tapi masa turun lagu mano(macam mana) berusunglah aku. Tak jadi naik.
Setelah bertapa ada kata sebulan ada kata tiga bulan. Habis bekalan balik. Ambil bekal yang terdiri air zam-zam buah tamar dan sowiq. Orang panggil kuih keringlah. Lama-lama jibrail. Iqra bismirabbika hingga habis.jibrail ni nabi tak rajin tengok(tak pernah). Kaki jibrail tu sewaktu nabi saw cerita pada khadijah. Kaki jibrail itu gelap menutupi langit. Kalau tubuh pula tak soh kira (tak perlu diperbandingkan) lah. Tuan pulak setera mana? Jibrail ni nya konyok(peluk sehingga lemas) nabi saw. Sehingga nabi saw beritahu isterinya. Aku dekat-dekat nak mati. Tapi khadijah bagitahu ( bahasa ajuk) abang tak usah rungsing abang ni orang baik. Apabila abang orang baik maka Tuhan tak akan buat khenat (khianati) orang baik. Abang ni selalu ajak orang ke rumah untuk makan. (penerangan) orang tak kenal batang hidung tapi bawa balik. Ini peragai (sifat) ni sudah ada sebelum jadi nabi. Penerangan: tengok orang susah.pak cik mari mana . makan doh ko. Dok.ho Mari rumah ambo jemput makan.
Kita ni orang kelantan . Terkenal berehi (suka) jamu( membuat jumuan) . Orang kita ni rumah dia besar-besar tapi duit tiada. Dia rela buat rumah basar walaupun tak sudah cede (cadang) untuk buat jamu. Loni ada lagi ko tak ada. Tak apalah hak penting orang kelantan suka jamu. Pokok padi buting(masak) jamu. Buat naik padi atas rumah jamu. Nikah anak jamu. Masuk jawi(bersunat) jamu. Loni kalau boleh teruslah tradisi ini.Suka jamu.
ambo loni.Pagi tadi bederu(ramai) orang gi masjid nak cukur (rambut)anak. Lenguh belakang-belakang. Pesen orang kita ni usah nak ngekoh(aqiqah) anak . Gunting pun tak bawa.gi nak cukur kepala(bercukur) mana gunting nya. Tak ada. Lepas tu nak pinjam hak orang. Ho jangan. Anak kita tapi nak pinjam gunting orang. Kecil lagi sudah ajar minjam. Tentu dah nak pergi cukur kepada tapi tak bawa gunting. Mana air zam zam nya. Eh tumpah. Kata dia. Nak ambil hok orang. Jangan. Lengok-lengok kelik gitu( padang-pandang pulang begitu sahaja).
(sambung) abang ni suka pikul bebanan orang. Maknanya nabi saw tahu kalau orang itu anak ramai tapi harta tak ada . Lekat(ber..) hutang banyak. Nabi saw tolong gi bayar. Kedai tu kedai ni. Bayar pada siapa . Bukan waris(saudra mara) dia tapi orang kampung. Zaman itu pula bila berhutang ada riba. Beranak(bertambah).
Nak royat(bagitahu) pada kita bahawa nabi saw kita ini belum jadi nabi sudah berjurus(akhlak mulia). Setelah jadi nabi lebih berjurus. Pah bakpo tolak.(jadi kenapa tidak terima). Kenapa tolak ajaran nabi muhammad saw termasuk hudud.
Sebelum ni kita pegang kelantan tahun 90. orang tino(perempuan kelantan) rambut krinting.....
Bersambung.

Thursday, 2 April 2015

Catatan Kuliah Tok Guru (006)

Kenapa kamu tiada kesiapan ( persiapan) untuk akhirat. Kesudahan sama ada neraka atau syurga. Yang orang panggil bermuka-muka(muanfik). Dia akan duduk di neraka. Orang munafik tunjuk islam hakikatnya tak percaya pada islam. Dalam islam ada 3. yang percaya pada islam dia mukmin. Yang tak percaya penuh dia kafir. Yang percaya lebih kurang di kenali sbg munafik. Kita kena ingat. Aku di atas dunia ini mukmin atau tidak. Kalau tidak mukmin maka kita kena usaha supaya jadi mukmin. Iaitu percaya. Waktu sembahyang tinggal semua perkara termasuk bual2. dan pergi sembahyang.

Begitu juga time(masa) bayar hutang maka kena bayar hutang. Walaupun susah setara mana sekalipun. Masa berbual dengan laki bini(suami isteri) maka bercakap dengan baik. Orang yang baik dengan nabi di akhirat ialah baik tutur kata dengan laki bini. Di akhirat samalah macam di dunia. Kita kena bergantung dengan orang. Ambo bergantung dengan adik kakak. Adik kakak bergantung dengan ambo. bergantung dengan adik beradik. Kalau ada masalah telefon adik beradil. Tiada orang yang tidak bergantung pada sesiapa.
Akhirat kelak nak bergantung dengan siapa. Nak telefon siapa akhirat kelak. Tiada orang yang boleh tolong kecuali satu. Yang kita panggil syafaat iaitu nabi muhammad saw. Sebab itu selepas bang(azan) kita diminta berdoa selepas azan. Antara makna hey(wahai) Tuhan berilah kepada dia( nabi muhammad) yang namanya di sebut dalam azan tadi tempat tempat terpuji. Allah taala janji ingin beri makam syafaat di akhirat kelak. Itu sebab bila kita ambil air sembahyang( wudhu) bila basuh muka. Imam ghazali tulis dalam kitab dia ( imam ghazali masyur dalam islam fiqah dan sufi) dia tulis bila kita basuh muka kita doa. Wahai Tuhan minta muka ku ini menjadi putih berseri. Ketika mana muka orang hitam di akhirat kelak. Akhirat kelak ada yang berseri putih dan muka yang hitam. Muka menjadi hitam kerana rungsing malu. Tak ada arah nak buat.( tidak tahu nak buat apa) dan ada orang muka putih berseri bahagia nampak senang. Contoh orang yang mari(datang) kota bharu ini bila berjalan kita boleh cam kalau muka nampak ceria pitis(duit) ada tu. Tapi kalau nampak muka kedut tak ada pitis lah tu.
Ahirat kelak lebih teruk lagi atas dunia kalau tiada pitis kita boleh berhutang. Boleh minta sedekah bahkan ada yg menipu dan merompak. Banyak cara untuk membolehkan kita hidup. Tapi akhirat kelak nak rompak apa ? Pitis dan mas(emas) tiada di akhirat kelak. Duit rm atau dollar amerika tak laku akhirat kelak. Tiada kedai kopi di sana. Tiada kedai beras di sana. Yang ada di sana ialah pahala. Orang yang ada pahala mukanya berseri. Pahala nak rompak macam mana. Ingatlah benda-benda(perkara) begini insyaAllah kita perbetul diri kita. Jadi masukkan dalam kepala kita. Kiamat ni dekat. Kiamat ni dekat. Malam ini atau esok. Bila kiamat mari pitis mas tak laku belaka. Pastikan duit yang kita cari atas dunia ini halal. Biar duit masuk dalam poket kita halal tubik(keluar) pun halal juga. Bantu orang miskin.
Bersambung

Catatan Kuliah Tok Guru (005)


sampai di teliga ambo orang belajar di universiti. Kata ko mak dia. Mak ambo nak kawin dengan orang kelantan. Mak budak yang nak kawin bila tahu orang kelantan. Tak soh lah. Bakpo (kenapa). Buat hamba. Orang laki bual kedai kopi. Hisap rokok berkebuk( berkepul-kepul) Bininya kena buat macam- macam. Betul ko dia. Orang kita bila kawin tak ingat tok imam kata bila tiga perkara makan minum kain pakai dan rumah tangga wajib atas tok laki ( suami). Kalau dia orang kaya juga kita orang miskin.maka wajib beri makan kadar-kadar kita.padan-padan (kadar) dengan ren ( kemampuan) kita. Dia kata eh tak rajin ( pernah ) makan lagu ni (macam ni) . Dah mu nak kat ku . Kata orang melayu cinta itu buta. Orang arab kata cinta itu boleh menyebabkan buta dan pekak. Tak kira belah mana belah mana (apa cara sekalipun) aku nak orang tu. Aloh orang tino (perempuan) lain belana(ramai) lagi. Tak leh aku nak ko dia. Tiba-tiba bini balik rumah buat hamba. Kain adik dia suruh bini basuh lagi. Jadi benda(hal) lagu ni pah ( hinggakan) ambo pun malu.
Berat..dah pikul (tanggung) buat apa kalu berat.
Baik (seterusnya) keadilan. mizan orang panggil pertimbangan cukup.Sebarang yang Allah turunkan dalam al-Quran semuanya adalah adil. Bila.orang tanya adil apa. Bila orang mati harta pusaka boleh banyak ko anak lelaki banyak banding anak puan. Adil lagu mana lagu ni. Adil bukan makna sama banyak tapi adil beri ikut tarafnya. Orang tino nak gapo lagi . Mas kawin untuk org puan. Rumah tangga kain pakai semua kena atas tok laki. Jadi kerja apa dia nak pitis( duit) sama banyak. Tu dia duduk ( itu keadaan sebenar) padan kalu boleh banyak pada orang lelaki. Semua atas tok laki belaka. Orang puan nak beli bedak jah. Gat bedak sikit jah. Tu dia duduk. Comel. Ini hanya sebahagian contoh jah.
Sa( selesai yang pertama)
Kamu tahu bagaimana. Kita tahu ada banyak ideologi sekular, nasionalis , demokrasi. Tak ada se abut (satu pun) yang sebut tentang kiamat.tokoh demokrasi tokoh komunis tak sebut kiamat. Nak sebut guano(bagaimana) sebab tak tahu. Petang ni nak hujan pun tak ada yang tahu. Jadi kiamat ini barang(perkara) yang akan datang. Dunia ini bukan kita yang buat Allah taala yang buat. Langit dan bumi Dia yang buat.
Jadi bila kita sebut islam. Tak boleh lari doh(semestinya) berkaitan kiamat. Kiamat maknanya balasan. Kiamat juga yaumi jamai. Hari berhimpun. Pada hari tu bumi akan dikocok(goncang) bukit bukau akan dipeleyek(dirata) habis licin. Itu janji Allah tukan yang buat bumi suatu hari nanti bumi akan diperacur. (Dihancur) .
Satu ajaran islam yg mu kena ingat iaitu nak buat gapo(apa) buat. Tapi satu hari nanti Allah akan balas. Bila balas ni iaitu hari qiamat. Hari saaqah. Hari ni turik teliga( bunyi yg memekakkan telinga.) Akan berlaku bumi keluar bunyi yg menyebabkan org turik teliga menyebabkan jadi rebah begitu sahaja. Kerana suara tu derah do oh(kuat sangat). Macam- macam nama yg Tuhan guna untuk tarik perhatian manusia. Kalau tak tertarik nama maka tertarik nama lain. Jadi bila orang melayu atau arab tolak islam ambil demokrasi. Itu tanda pemimpin dia tidak sebut tentang akhirat. Bila tal sebut kiamat maka orang tak sedia dengan kiamat. Yang rasuah terus rasuah. Hal nak tiris jadi tiris. Kerana apa. Kerana aku org besar aku PM aku mb aku pengawai polis besar. Tak ingat sikit abut( sedikit pun) bila dia mati dia hidup balik dan ditanya balik.
Bersambung

Wednesday, 1 April 2015

CATATAN KULIAH TOK GURU (004)

Allah adalah nama bagi Tuhan. Orang melayu panggil Tuhan. Kalau orang besar kita panggil tuan. Kalau besar benar (sangat) kita panggil Tuhan. Nama apa. Atas dunia tiada pun orang islam yang bagi nama Allah . Sayang sangat pun tak akan bagi nama Allah. Cuma kalau nama Abdullah ramai. Abdul maknanya hamba atau kuli. Hamba Allah. Kuli Allah. Buruh Allah. Bila anak besar nanti akan betul jadi hamba Allah. Ikut apa.Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang.
Tak sah ( tidak usah ) bubuh nama yang tak tahu apa. Nama koksir ( tak tahu apa). Malu kita di akhirat nanti.nama anak kita dipanggil. Jadi pandai-pandailah kita bubuh nama.
Allah sebut Aku yang nama Allah. Aku yang turunkan kitab. Sebut turun.maknanya dari atas ke bawah. Quran ini nak bagi tahu pada semua orang tak kira siapa. Bahawa ia adalah barang ( sesuatu ) yang ada di atas. Dan tak sampai untuk sampai maka ia harus di bawa turun. nazzala.
Sekali ( kadang-kadang) diberi nama kitab. Sekali diberi nama Quran. Sekali diberi nama nur. Maknanya cahaya. kita bubuh (beri) nama anak kita muhammad nurr. Nak suruh jadi hati perutnya (hati) bercahaya.
Bermacam-macam nama diberi kepada quran dengan tujuan supaya nak tarik hati manusia kepada quran. Jadi disini disebut bilhakki. Iaitu membawa kebenaran. Percayalah bahawa semua yang dibawa oleh quran adalah betul. Tidak ada orang yang tak ingin perkara yg sebenar. Sama ada orang tua atau budak kecil. Orang kampung atau orang jahil nak perkara sebenar. Segala perbalahan berpunca daripada ada satu yg sebenar dan satu yang tidak benar. Baru-baru ni nya ada orang muda pergi ke.rumah ambo royat( bagitahu ) bini (isteri) dia lari. Gi royat ko ambo. Tak apalah . Ambo bagitahu orang tino (perempuan/isteri) ni bila dapat tok laki(suami) maka dia rela tinggal mak untuk ikut tok laki. Mak kandung dia 9 bulan. Lepas tu bernak( melahirkan anak) pula. Berdarah. Nak boleh bersalin. Selepas tu pula 40 hari pula duduk dapur dian (berpatang) lepas tu kekdung (dukung) pula. Patut-patut gak (seharusnya) tak tinggallah mak yang telah jaga dia. Tetapi bila dapat suami tinggal mak. Sayang nya bini pada tok laki. Tapi kalau bini mu lari sah dah mu jahat atau adik beradik mu jahat atau mak mu( mertua isteri) jahat.pandai sangat sampai bini lari. Orang tino( isteri) tak lari kalau suami baik. Nak lari apa kalau tok laki betul benar ( baik).
Sebelum kita bini( kawin) dengan orang tino kita. Nak tengok haram nak jamah(sentuh) haram. Nak duduk sekali(bersama-sama koho(bertambah-tambah) lagi haram.nabi kata jadi halal belaka bila kiat ijab kabul. Tiba-tiba lari. Bak po( kenapa) boktan (kerana) mu lah.
Senyap dia. Angkat punggung kelik ( bangun dan pulang) kena atas butir bokali.( kena tepat pada dirinya).
Bersambung...

CATATAN KULIAH TOK GURU (003)


Surah as shura bermula ayat 17.
Surah Ash-Shura, Verse 17:
اللَّهُ الَّذِي أَنزَلَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ وَالْمِيزَانَ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ قَرِيبٌ
Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya).
Allah yg menurunkan kitab membawa kebenaran. Dan keadilan. Saksama. Bagaimana kamu tahu boleh jadi kiamat dekat. Orang- orang yang tidak yakin dengan kiamat dia.nak.benar kalau boleh kiamat itu dekat.dia ejek.dan buat ngayi ( pesenda) ajaran islam. Sebaliknya orang yang yakin. InsyaAllah Allah masukkan kita orang yang mukmim. Gerun pada kiamat. Bila dia dengar kiamat . Tapi orang yg jahil dia nak kiamat cepat. Kerana orang mukmin tahu kiamat itu benar. Hey (wahai) muhammad (saw) bagitahu mana-mana orang yang meragui . Tak berapa percaya dengan kiamat maka sesungguhnya mereka sesat yang sangat jauh.
Para hadirin sekelian.
Bersama dengan kita ni ada menteri besar. Boleh jadi dia telah cerita tentang kunjungannya ke brunei. Brunei janji nak bantu kita dalam soal hudud.
Hudud benda (pekara) wajib .sama dengan sembahyang juga wajibnya tapi kerana sebab negara kita ni lama sangat diperintah oleh orang kapir . Jenis (nama)jepun jenis inggeris baik pun jenis prancis di timur tengah. Orang ni adalah orang kapir . Tak tahu kiamat. Tak tahu apa benda. Quran pun tak rajin(pernah) baca. Kalau orang baca pun dia marah. Maka timbullah masalah sekarangnya nak buat hudud payah. Negeri kita ni ada undang-undang khusus di pusat menyebabkan tak boleh.
Malaysia ni ada rakyat yang kena gantung sampai mati. Kerana kes dadah kerana kes senjata apai dan sebagainya. Gantung sampai mati. Beratus dah agaknya rakyat malaysia digantung sampai mati. Tak sibuk pun. Kerana di negara luarpun ada juga gantung sampai mati dinegera luar. Bila orang puteh buat maka negara kita buat tak pelik lah. Tapi hudud ni ada hudud yg tak mati pun. Tapi marah juga kerana orang puteh tak pernah buat. Jadi otak kita ini masih lagi dijajah. Orang panggil penjajahan pemikiran.
Namun di kelantan ini kita telah banyak membuat perubahan-perubahan yang menyenangkan orang dan tidak menyusahkan orang. Contoh bank riba. Dulu riba tiada siapa pun cara( peduli) PM tak kata apa tok guru tak kata apa. Riba gat riba. Sebabnya orang puteh buat riba. Tapi bila kita buang riba telah menyebabkan bank- bank di malaysia ini telah membuat dua kaunter jadi Ahlamdulillah.
Baik ayat hari ininya ialah.
Bersambung

CATATAN KULIAH TOK GURU (001)

Catatan kuliah tok guru.
Wahai tuhan ajarlah kami perkara yg kami.masih jahil. Dan berilah kami ingat semula.pekara yg kami yang kami telah lupa. Berilah kami ilmu sehingga Engkau puas hati.
Para hadirin sekelian.
Hari 24 rabiulawwal. Maknanya kita masih lagi berada dalam bulan maklud ( maulid) dan ambo sebut dah minggu lepas bahawa nabi muhamad saw adalah orang yang dipilih sendiri oleh Allah taala. Kalu loni ( kini) kita panggil tok wakil( wakil rakyat). Tok wakil Allah di atas muka dunia( bumi) . Melalui wahyu.ilmu.yang dikirim melalui nabi dikenali sbg wahyu. Wahyu ini dibawa oleh jibril.as. gelaran bagi jibril ialah alruhul amin. Dia adalah ruh yang penuh amanah. Kerjanya ialah bawa wahyu sejak nabi-nabi terdahulu hinggalah nabi muhammad saw. Dan dalam banyak-banyak doa. Doa yang nabi tinggal yang kita diminta baca pada sebelum subuh. Iaitu wahai Tuhan yang menjaga malaikat jibril.mikail dan israfil . Tiga malaikat yang dikira tonggak.menjaga manusia . Bukan jaga orang melayu sahaja. Bukan jaga orang arab saja. Jaga orang melayu orang arab orang puteh jerman jepun orang asli semua. Jibril bawa wahyu. Tiada erti manusia jika tidak ada.wahyu dari langit. Wahyu daripada Allah yang Membuat kita. ibu bapa tak buat kita. Doktor tak buat kita. tok bidan tak buat kita. Yang buat kita ialah Allah. Kemudian Dia ajar kita melalui wahyu. Wahyu dibawa kepada nabi muhammad kepada orang tidak kepada lembu kuba ( kerbau) ayam itik. Kalau dia orang maka dia kena sedar. Yang beri cahaya, makanan udara kepada kita.
Allah pelihara kita supaya. Supaya yang banyak. tapi pagi tadi . Pagi jumaat kalu kita hidup bersama nabi dan sembahyang belakang nabi. Biasanya rakaat yang pertama kita baca surah sajadah. Rakaat yang kedua kadang-kadang baca surah al-mulk.dan kadang-kadang surah al- insan. surah manusia. Kita kalau manusia tak.baca surah manusia. Bodo kita. Sebab itu ada ayat yang supaya nabi bagitahu kepada kita yang hidup hari yang belum lahir atau yang telah mati. Jangan kamu ikut apa yang kamu tidak tahu. Kamu jangan turut pekara yang kamu tak reti. Kamu jadi orang buat gapo( apa) tak reti(tahu) kamu turut juga. Orang ialah tempat duduknya ilmu. Malaikat. Tuhan tak bagi ilmu. Jin iblis tak diberi ilmu yang diberi ilmu ialah orang. Kita ni orang bukan lembu kuba(kerbau) bukan bukit bukau. Kita orang kemudian tak belajar maka apa guna jadi orang. Ketika itu lah Tuhan kata kamu seperti binatang. Bahkan lebih teruk daripada binatang. Tuhan marah pada manusia yang hidup tak ngaji(belajar).
Ilmu yang kena belajar yang penting sekali ialah al-Quran. Ilmu-ilmu yang lain diguna untuk membantu kita memahami al-Quran. Ilmu semuanya datang dari langit. untuk manusia bukan datang daripada cikgu bukan datang daripada orang putih. Yang rajin akan dapat yang malah(malas) maka bodo dia.
Minggu lepas kita sebut dulu kita kena selawat sokmo jangan hanya tunggu bulan moklud (maulid) sahaja.

KULIAH TOK GURU

Allah yang membuat hambaNya. Dan disiapkan bersama -sama hamba itu bumi. Bersama-sama juga udara dan butiran beras dan gandum. Apa yang harus diberi makan. Apabila dia dapat makan dengan sempurna maka jangan fikir itu bermakna Allah sayang padanya.

Allah nak suruh dia bertaubat, biar dia belajar dan mengikuti kuliah sehingga dia faham bahawa selama ini dia dapat maka adalah semata-mata Allah itu bersifat latif. Sepatutnya jika orang kafir main kasar maka Allah akan matikan semua orang kafir. Tetapi Allah tetap memberi dia makan, tetap memberinya kaki untuk ke tempat kuliah. Dia diberi mulut untuk bertanya, diberi fikiran untuk memikir. Seorang tok guru harus mampu untuk menjawab soalan daripada orang kafir. Sekiranya tak dapat jawab maka tunggu esok atau bertanya ustaz yang lebih tahu. Jangan sekali-kali kita marah kepada orang yang bertanya kepada kita. Sekiranya dapat jawab soalan yang diajukan maka kita jawab . Namun sekiranya tidak mampu jawab maka kita perlu sedar bahawa ilmu yang dimiliki masih belum cukup.
Zaman sekarang sangat mudah untuk mendapat ilmu kita banyak. Internet pun banyak kita boleh bertanya.
Saya masih ingat almarhum ayah saya. Dia belajar dari tok guru wan musa iaitu orang alim dari pasir pekan, bekas mufti kelantan. Satu dari sifat tok guru wan musa ialah pencil sentiasa ada di celah telinga. Tujuan untuk memudahkan penulisan dan dia sentiasa menulis. Keadaan ini membuatkan beliau mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain. Begitu jugalah dengan tok khurasan, ayah saya selalu berguru dengan tok khurasan, beliau adalah orang darj afganistan. Oleh kerana dia orang luar dan berhijrah ke sini tentulah banyak yang dibawanya berbeza. Sama lah apabila kita ke mekkah banyak perkara yang pelik ditemui. Jadi apabila kita bertemu sesuatu yang pelik dan agak berbeza maka sewajarlah untuk kita mengkajinya. Itu sebabnya orang jauh perjalannya akan menjadi cerdik.
Cerita yb che lah, dia telah pergi ke china pada musim sejuk. Tapi yang menghairankan ialah masjidnya penuh. Waktu subuh yang sejuk dan ahli yang ramai namun tiada siapapun yang berbial-bual, masuk masjid baca alquran. Berbeza dengan kita di sini, masuk masjid terus bersandar di tiang. Sudah berapa kali ditegur tapi masih ulang hal yang sama. apabila orang qamat, tapi dia masih lagi duduk di situ. Tok lebai yang pakai kuliah tetapi malas yang hangit. Perbuatan yang tak elok ini ditiru pula oleh yang muda. Ini semua membuatkan saya marah, sekiranya saya ini syaidina umar, saya simba dengan air panas. Peragai kita masuk masjid masih lagi malas, tidak boleh tengok tiang. Terus nak buat tempat bersandar.
Kesimpulan. Kita harus ubah sikap. Orang china bila bertanya orang melayu. Mereka bertanya adakah orang malaysia itu islam. Kita ingatkan dia tak islam tapi dia lebih islam daripada kita.
Itu sebabnya Allah adalah latif dan memberi rezeki kepada orang yang Dia kehendaki. Allah lah yang beri kita air dan udara. Dalam udara ada oksigen dan nitrogen dengan kadar yang tertentu. Siapa yang membuat kadar tertentu ini kalau tidak Allah taala. Di atas dunia ini tak sembanyang boleh maka dan sembahyang pun boleh makan juga. Tetapi jika di akhirat jangan berharap keadaan seperti inj juga.
Pada hari akhirat adalah giliran Allah melupai mereka yang melupaiNya semasa di dunia.
Tamat lah kuliah tok guru kali ini yang disampaikan pada 27 dis 2014.

1 APRIL 2015. FIRST DAY KERJA, FIRST TIME KERJA, FIRST TIME GST.



ASSALAMUALAIKUM,SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA.


Today bukan nak citer pasal pengalaman  ke DUNIA KERJAYA, Alhamdulillah hari ini dapat juga kerja walaupun kerja sambilan before masuk study. sekurang kurangnya dapat duit poket sikit kan. First day masuk hari ini mmg excited. masuk keje pukul 9 tapi pukul 8.15 dah sampai. hahaha. Then jumpa BOS pukul 9. barulah start keje sampailah pikul 5. 8 jam je. Dalam 8 jam tuh banyak benda yg aku dapat belajar ttg kehidupan manusia. FIRST bila aku masuk kerja pekerja2 lama tnya lah. rumah dkt mana? KL je(kampung lerek lorhhhh... hahaha). uishh..jauhnya..  30 minit nak sampai sini. abang tinggal mana?  sy tggl belakang nih je. owh..untglah dekat. TAPI RAMAI JE ORG DTG HANTAR BORANG DEKAT SINI. TAPI TIADA PULA YANG DAPAT. ADA TUH 4 KALI YG HNTR.XDAPAT2 LAGI KERJA SINI. kau hantar berapa kali? saya hantar sekali je bang. Alhamdulillah REZEKI. mula2 mmg aq rasa berat nak g kerja. sbb jauh beb.  jam lagi. 20km kottt.. last2 baru aku tahu.  BERSYUKUR DIMANA ANDA BERADA. punyalah ramai org yg apply kerja tapi x dpt2..aq nh apply sekali dh dpt..aminnn aminnn..x reti2 nak bersyukur. last2 baru nak bersyukur. SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAHNYA. SECOND, dapat jumpa dengan pelbagai jenis kaum,bangsa,agama,perangai.. haha.. kesabaran yang tinggi itu penting.costemer always right. Sampai2 je kena sapu lantai..mop lantai.. susun2 atas rak..huh..PENGALAMAN MEMATANGKAN KITA. nasib baiklah aku join koopian dulu.semua kerja aku buat mudah je. barulah aku tahu yang betapa bertuahnya aku dpt jadi koopian dulu. kalau x mmg x tau ape2 buat keje skrg. TERIMA KASIH CIKGU KERANA TUNJUK AJAR SY KETIKA DI SEKOLAH.  THIRD, GST. bila tengok setiap pembelian barang mmg lah nmpk sikit. 5 sen,15sen, 50 sen, rm1,rm2. tapi effect dia besar. nampak je kecil 6% tapi itu untuk 1 barang. kalau 10,20,30,100 barang..kali jelah sendiri. katakanlah buat lesen RM1000. kena gst6%.x pasal2 kena bayar RM60 lagi haa..bukan meringankan rakyat ttp membebankan rakyat. mmg lah kerajaan ckp yang gst kita paling rendah dlm dunia. ttp kena lah fikir jugak..rakyat negara kita bukan semuanya kaya raya mcm rakyat US,UK,london,France,Russia dan lain2. x pasal2 rakyat yang miskin pon kena GST.bukan meringankan namanya tuh..membebankan.. kesian dekat rakyat. Nak buat x kisah.tapi make sure rakyat semua tidak terbeban. fikir nak masuk poket sendiri jee.. nanti akhirat pandai2 lah jawab DENGAN ALLAH. CUBALAH CONTOHI KHALIFAH2 DAN SAHABAT2 DAHULU SEBAGAI PEMIMPIN.inikan sebut pasal HUDUD cakap bodoh. kau sape nak cakap hukum hudud bodoh? kau tuh siapa yang cipta?bila kata kau KAFIR/MURTAD kau marah. islam atas nama. bodoh punya org.. nak sombong kemana.mmg kau boleh postpone bila malaikat maut datang erk? weh..buka mata sikit lah wehh.. mmg MELAYU lain mudah lupa.. tapi aku x bodoh dan x mudah lupa. jgn ingat sejarah tanah melayu..sejarah sebelum2 ini ttg tanah melayu yang sebenar aku lupa. jgn nak kelentonglah dlm buku sejarah dekat sekolah. semuanya tokok tambah.. lain drpd yg sebenar. RAKYAT SEDAR MANA BURUK MANA BAIK MANA KELENTONG..KATA2 MANISMU JANJI2 MANISMU MMG X BOLEH DIPAKAI LAGI. NANTI DKT PRU14 MULALAH JNJI2 MUNAFIK. INGAT.. ORANG MUNAFIK DUDUK NERAKA KE 7 OIII.. BAWAH DRPD ORG BUKAN ISLAM.. BAWAH DRPD SYAITAN..IBLISS.. PERGHH.. PANTAT NERAKA KAU TAHUUUU? BAWA BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT. okaylah. setakat ini dahulu. byee.. assalamualaikum.