Kenapa kamu tiada kesiapan ( persiapan) untuk akhirat. Kesudahan sama ada neraka atau syurga. Yang orang panggil bermuka-muka(muanfik). Dia akan duduk di neraka. Orang munafik tunjuk islam hakikatnya tak percaya pada islam. Dalam islam ada 3. yang percaya pada islam dia mukmin. Yang tak percaya penuh dia kafir. Yang percaya lebih kurang di kenali sbg munafik. Kita kena ingat. Aku di atas dunia ini mukmin atau tidak. Kalau tidak mukmin maka kita kena usaha supaya jadi mukmin. Iaitu percaya. Waktu sembahyang tinggal semua perkara termasuk bual2. dan pergi sembahyang.
Begitu juga time(masa) bayar hutang maka kena bayar hutang. Walaupun susah setara mana sekalipun. Masa berbual dengan laki bini(suami isteri) maka bercakap dengan baik. Orang yang baik dengan nabi di akhirat ialah baik tutur kata dengan laki bini. Di akhirat samalah macam di dunia. Kita kena bergantung dengan orang. Ambo bergantung dengan adik kakak. Adik kakak bergantung dengan ambo. bergantung dengan adik beradik. Kalau ada masalah telefon adik beradil. Tiada orang yang tidak bergantung pada sesiapa.
Akhirat kelak nak bergantung dengan siapa. Nak telefon siapa akhirat kelak. Tiada orang yang boleh tolong kecuali satu. Yang kita panggil syafaat iaitu nabi muhammad saw. Sebab itu selepas bang(azan) kita diminta berdoa selepas azan. Antara makna hey(wahai) Tuhan berilah kepada dia( nabi muhammad) yang namanya di sebut dalam azan tadi tempat tempat terpuji. Allah taala janji ingin beri makam syafaat di akhirat kelak. Itu sebab bila kita ambil air sembahyang( wudhu) bila basuh muka. Imam ghazali tulis dalam kitab dia ( imam ghazali masyur dalam islam fiqah dan sufi) dia tulis bila kita basuh muka kita doa. Wahai Tuhan minta muka ku ini menjadi putih berseri. Ketika mana muka orang hitam di akhirat kelak. Akhirat kelak ada yang berseri putih dan muka yang hitam. Muka menjadi hitam kerana rungsing malu. Tak ada arah nak buat.( tidak tahu nak buat apa) dan ada orang muka putih berseri bahagia nampak senang. Contoh orang yang mari(datang) kota bharu ini bila berjalan kita boleh cam kalau muka nampak ceria pitis(duit) ada tu. Tapi kalau nampak muka kedut tak ada pitis lah tu.
Ahirat kelak lebih teruk lagi atas dunia kalau tiada pitis kita boleh berhutang. Boleh minta sedekah bahkan ada yg menipu dan merompak. Banyak cara untuk membolehkan kita hidup. Tapi akhirat kelak nak rompak apa ? Pitis dan mas(emas) tiada di akhirat kelak. Duit rm atau dollar amerika tak laku akhirat kelak. Tiada kedai kopi di sana. Tiada kedai beras di sana. Yang ada di sana ialah pahala. Orang yang ada pahala mukanya berseri. Pahala nak rompak macam mana. Ingatlah benda-benda(perkara) begini insyaAllah kita perbetul diri kita. Jadi masukkan dalam kepala kita. Kiamat ni dekat. Kiamat ni dekat. Malam ini atau esok. Bila kiamat mari pitis mas tak laku belaka. Pastikan duit yang kita cari atas dunia ini halal. Biar duit masuk dalam poket kita halal tubik(keluar) pun halal juga. Bantu orang miskin.
Bersambung
No comments:
Post a Comment