Catatan kuliah tok guru.
Wahai tuhan ajarlah kami perkara yg kami.masih jahil. Dan berilah kami ingat semula.pekara yg kami yang kami telah lupa. Berilah kami ilmu sehingga Engkau puas hati.
Para hadirin sekelian.Hari 24 rabiulawwal. Maknanya kita masih lagi berada dalam bulan maklud ( maulid) dan ambo sebut dah minggu lepas bahawa nabi muhamad saw adalah orang yang dipilih sendiri oleh Allah taala. Kalu loni ( kini) kita panggil tok wakil( wakil rakyat). Tok wakil Allah di atas muka dunia( bumi) . Melalui wahyu.ilmu.yang dikirim melalui nabi dikenali sbg wahyu. Wahyu ini dibawa oleh jibril.as. gelaran bagi jibril ialah alruhul amin. Dia adalah ruh yang penuh amanah. Kerjanya ialah bawa wahyu sejak nabi-nabi terdahulu hinggalah nabi muhammad saw. Dan dalam banyak-banyak doa. Doa yang nabi tinggal yang kita diminta baca pada sebelum subuh. Iaitu wahai Tuhan yang menjaga malaikat jibril.mikail dan israfil . Tiga malaikat yang dikira tonggak.menjaga manusia . Bukan jaga orang melayu sahaja. Bukan jaga orang arab saja. Jaga orang melayu orang arab orang puteh jerman jepun orang asli semua. Jibril bawa wahyu. Tiada erti manusia jika tidak ada.wahyu dari langit. Wahyu daripada Allah yang Membuat kita. ibu bapa tak buat kita. Doktor tak buat kita. tok bidan tak buat kita. Yang buat kita ialah Allah. Kemudian Dia ajar kita melalui wahyu. Wahyu dibawa kepada nabi muhammad kepada orang tidak kepada lembu kuba ( kerbau) ayam itik. Kalau dia orang maka dia kena sedar. Yang beri cahaya, makanan udara kepada kita.
Allah pelihara kita supaya. Supaya yang banyak. tapi pagi tadi . Pagi jumaat kalu kita hidup bersama nabi dan sembahyang belakang nabi. Biasanya rakaat yang pertama kita baca surah sajadah. Rakaat yang kedua kadang-kadang baca surah al-mulk.dan kadang-kadang surah al- insan. surah manusia. Kita kalau manusia tak.baca surah manusia. Bodo kita. Sebab itu ada ayat yang supaya nabi bagitahu kepada kita yang hidup hari yang belum lahir atau yang telah mati. Jangan kamu ikut apa yang kamu tidak tahu. Kamu jangan turut pekara yang kamu tak reti. Kamu jadi orang buat gapo( apa) tak reti(tahu) kamu turut juga. Orang ialah tempat duduknya ilmu. Malaikat. Tuhan tak bagi ilmu. Jin iblis tak diberi ilmu yang diberi ilmu ialah orang. Kita ni orang bukan lembu kuba(kerbau) bukan bukit bukau. Kita orang kemudian tak belajar maka apa guna jadi orang. Ketika itu lah Tuhan kata kamu seperti binatang. Bahkan lebih teruk daripada binatang. Tuhan marah pada manusia yang hidup tak ngaji(belajar).
Ilmu yang kena belajar yang penting sekali ialah al-Quran. Ilmu-ilmu yang lain diguna untuk membantu kita memahami al-Quran. Ilmu semuanya datang dari langit. untuk manusia bukan datang daripada cikgu bukan datang daripada orang putih. Yang rajin akan dapat yang malah(malas) maka bodo dia.
Minggu lepas kita sebut dulu kita kena selawat sokmo jangan hanya tunggu bulan moklud (maulid) sahaja.
No comments:
Post a Comment