Wednesday, 1 April 2015

CATATAN KULIAH TOK GURU (004)

Allah adalah nama bagi Tuhan. Orang melayu panggil Tuhan. Kalau orang besar kita panggil tuan. Kalau besar benar (sangat) kita panggil Tuhan. Nama apa. Atas dunia tiada pun orang islam yang bagi nama Allah . Sayang sangat pun tak akan bagi nama Allah. Cuma kalau nama Abdullah ramai. Abdul maknanya hamba atau kuli. Hamba Allah. Kuli Allah. Buruh Allah. Bila anak besar nanti akan betul jadi hamba Allah. Ikut apa.Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang.
Tak sah ( tidak usah ) bubuh nama yang tak tahu apa. Nama koksir ( tak tahu apa). Malu kita di akhirat nanti.nama anak kita dipanggil. Jadi pandai-pandailah kita bubuh nama.
Allah sebut Aku yang nama Allah. Aku yang turunkan kitab. Sebut turun.maknanya dari atas ke bawah. Quran ini nak bagi tahu pada semua orang tak kira siapa. Bahawa ia adalah barang ( sesuatu ) yang ada di atas. Dan tak sampai untuk sampai maka ia harus di bawa turun. nazzala.
Sekali ( kadang-kadang) diberi nama kitab. Sekali diberi nama Quran. Sekali diberi nama nur. Maknanya cahaya. kita bubuh (beri) nama anak kita muhammad nurr. Nak suruh jadi hati perutnya (hati) bercahaya.
Bermacam-macam nama diberi kepada quran dengan tujuan supaya nak tarik hati manusia kepada quran. Jadi disini disebut bilhakki. Iaitu membawa kebenaran. Percayalah bahawa semua yang dibawa oleh quran adalah betul. Tidak ada orang yang tak ingin perkara yg sebenar. Sama ada orang tua atau budak kecil. Orang kampung atau orang jahil nak perkara sebenar. Segala perbalahan berpunca daripada ada satu yg sebenar dan satu yang tidak benar. Baru-baru ni nya ada orang muda pergi ke.rumah ambo royat( bagitahu ) bini (isteri) dia lari. Gi royat ko ambo. Tak apalah . Ambo bagitahu orang tino (perempuan/isteri) ni bila dapat tok laki(suami) maka dia rela tinggal mak untuk ikut tok laki. Mak kandung dia 9 bulan. Lepas tu bernak( melahirkan anak) pula. Berdarah. Nak boleh bersalin. Selepas tu pula 40 hari pula duduk dapur dian (berpatang) lepas tu kekdung (dukung) pula. Patut-patut gak (seharusnya) tak tinggallah mak yang telah jaga dia. Tetapi bila dapat suami tinggal mak. Sayang nya bini pada tok laki. Tapi kalau bini mu lari sah dah mu jahat atau adik beradik mu jahat atau mak mu( mertua isteri) jahat.pandai sangat sampai bini lari. Orang tino( isteri) tak lari kalau suami baik. Nak lari apa kalau tok laki betul benar ( baik).
Sebelum kita bini( kawin) dengan orang tino kita. Nak tengok haram nak jamah(sentuh) haram. Nak duduk sekali(bersama-sama koho(bertambah-tambah) lagi haram.nabi kata jadi halal belaka bila kiat ijab kabul. Tiba-tiba lari. Bak po( kenapa) boktan (kerana) mu lah.
Senyap dia. Angkat punggung kelik ( bangun dan pulang) kena atas butir bokali.( kena tepat pada dirinya).
Bersambung...

No comments:

Post a Comment