Allah yang membuat hambaNya. Dan disiapkan bersama -sama hamba itu bumi. Bersama-sama juga udara dan butiran beras dan gandum. Apa yang harus diberi makan. Apabila dia dapat makan dengan sempurna maka jangan fikir itu bermakna Allah sayang padanya.
Allah nak suruh dia bertaubat, biar dia belajar dan mengikuti kuliah sehingga dia faham bahawa selama ini dia dapat maka adalah semata-mata Allah itu bersifat latif. Sepatutnya jika orang kafir main kasar maka Allah akan matikan semua orang kafir. Tetapi Allah tetap memberi dia makan, tetap memberinya kaki untuk ke tempat kuliah. Dia diberi mulut untuk bertanya, diberi fikiran untuk memikir. Seorang tok guru harus mampu untuk menjawab soalan daripada orang kafir. Sekiranya tak dapat jawab maka tunggu esok atau bertanya ustaz yang lebih tahu. Jangan sekali-kali kita marah kepada orang yang bertanya kepada kita. Sekiranya dapat jawab soalan yang diajukan maka kita jawab . Namun sekiranya tidak mampu jawab maka kita perlu sedar bahawa ilmu yang dimiliki masih belum cukup.
Zaman sekarang sangat mudah untuk mendapat ilmu kita banyak. Internet pun banyak kita boleh bertanya.
Saya masih ingat almarhum ayah saya. Dia belajar dari tok guru wan musa iaitu orang alim dari pasir pekan, bekas mufti kelantan. Satu dari sifat tok guru wan musa ialah pencil sentiasa ada di celah telinga. Tujuan untuk memudahkan penulisan dan dia sentiasa menulis. Keadaan ini membuatkan beliau mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain. Begitu jugalah dengan tok khurasan, ayah saya selalu berguru dengan tok khurasan, beliau adalah orang darj afganistan. Oleh kerana dia orang luar dan berhijrah ke sini tentulah banyak yang dibawanya berbeza. Sama lah apabila kita ke mekkah banyak perkara yang pelik ditemui. Jadi apabila kita bertemu sesuatu yang pelik dan agak berbeza maka sewajarlah untuk kita mengkajinya. Itu sebabnya orang jauh perjalannya akan menjadi cerdik.
Cerita yb che lah, dia telah pergi ke china pada musim sejuk. Tapi yang menghairankan ialah masjidnya penuh. Waktu subuh yang sejuk dan ahli yang ramai namun tiada siapapun yang berbial-bual, masuk masjid baca alquran. Berbeza dengan kita di sini, masuk masjid terus bersandar di tiang. Sudah berapa kali ditegur tapi masih ulang hal yang sama. apabila orang qamat, tapi dia masih lagi duduk di situ. Tok lebai yang pakai kuliah tetapi malas yang hangit. Perbuatan yang tak elok ini ditiru pula oleh yang muda. Ini semua membuatkan saya marah, sekiranya saya ini syaidina umar, saya simba dengan air panas. Peragai kita masuk masjid masih lagi malas, tidak boleh tengok tiang. Terus nak buat tempat bersandar.
Kesimpulan. Kita harus ubah sikap. Orang china bila bertanya orang melayu. Mereka bertanya adakah orang malaysia itu islam. Kita ingatkan dia tak islam tapi dia lebih islam daripada kita.
Itu sebabnya Allah adalah latif dan memberi rezeki kepada orang yang Dia kehendaki. Allah lah yang beri kita air dan udara. Dalam udara ada oksigen dan nitrogen dengan kadar yang tertentu. Siapa yang membuat kadar tertentu ini kalau tidak Allah taala. Di atas dunia ini tak sembanyang boleh maka dan sembahyang pun boleh makan juga. Tetapi jika di akhirat jangan berharap keadaan seperti inj juga.
Pada hari akhirat adalah giliran Allah melupai mereka yang melupaiNya semasa di dunia.
Pada hari akhirat adalah giliran Allah melupai mereka yang melupaiNya semasa di dunia.
Tamat lah kuliah tok guru kali ini yang disampaikan pada 27 dis 2014.

No comments:
Post a Comment