Thursday, 2 April 2015

Catatan Kuliah Tok Guru (005)


sampai di teliga ambo orang belajar di universiti. Kata ko mak dia. Mak ambo nak kawin dengan orang kelantan. Mak budak yang nak kawin bila tahu orang kelantan. Tak soh lah. Bakpo (kenapa). Buat hamba. Orang laki bual kedai kopi. Hisap rokok berkebuk( berkepul-kepul) Bininya kena buat macam- macam. Betul ko dia. Orang kita bila kawin tak ingat tok imam kata bila tiga perkara makan minum kain pakai dan rumah tangga wajib atas tok laki ( suami). Kalau dia orang kaya juga kita orang miskin.maka wajib beri makan kadar-kadar kita.padan-padan (kadar) dengan ren ( kemampuan) kita. Dia kata eh tak rajin ( pernah ) makan lagu ni (macam ni) . Dah mu nak kat ku . Kata orang melayu cinta itu buta. Orang arab kata cinta itu boleh menyebabkan buta dan pekak. Tak kira belah mana belah mana (apa cara sekalipun) aku nak orang tu. Aloh orang tino (perempuan) lain belana(ramai) lagi. Tak leh aku nak ko dia. Tiba-tiba bini balik rumah buat hamba. Kain adik dia suruh bini basuh lagi. Jadi benda(hal) lagu ni pah ( hinggakan) ambo pun malu.
Berat..dah pikul (tanggung) buat apa kalu berat.
Baik (seterusnya) keadilan. mizan orang panggil pertimbangan cukup.Sebarang yang Allah turunkan dalam al-Quran semuanya adalah adil. Bila.orang tanya adil apa. Bila orang mati harta pusaka boleh banyak ko anak lelaki banyak banding anak puan. Adil lagu mana lagu ni. Adil bukan makna sama banyak tapi adil beri ikut tarafnya. Orang tino nak gapo lagi . Mas kawin untuk org puan. Rumah tangga kain pakai semua kena atas tok laki. Jadi kerja apa dia nak pitis( duit) sama banyak. Tu dia duduk ( itu keadaan sebenar) padan kalu boleh banyak pada orang lelaki. Semua atas tok laki belaka. Orang puan nak beli bedak jah. Gat bedak sikit jah. Tu dia duduk. Comel. Ini hanya sebahagian contoh jah.
Sa( selesai yang pertama)
Kamu tahu bagaimana. Kita tahu ada banyak ideologi sekular, nasionalis , demokrasi. Tak ada se abut (satu pun) yang sebut tentang kiamat.tokoh demokrasi tokoh komunis tak sebut kiamat. Nak sebut guano(bagaimana) sebab tak tahu. Petang ni nak hujan pun tak ada yang tahu. Jadi kiamat ini barang(perkara) yang akan datang. Dunia ini bukan kita yang buat Allah taala yang buat. Langit dan bumi Dia yang buat.
Jadi bila kita sebut islam. Tak boleh lari doh(semestinya) berkaitan kiamat. Kiamat maknanya balasan. Kiamat juga yaumi jamai. Hari berhimpun. Pada hari tu bumi akan dikocok(goncang) bukit bukau akan dipeleyek(dirata) habis licin. Itu janji Allah tukan yang buat bumi suatu hari nanti bumi akan diperacur. (Dihancur) .
Satu ajaran islam yg mu kena ingat iaitu nak buat gapo(apa) buat. Tapi satu hari nanti Allah akan balas. Bila balas ni iaitu hari qiamat. Hari saaqah. Hari ni turik teliga( bunyi yg memekakkan telinga.) Akan berlaku bumi keluar bunyi yg menyebabkan org turik teliga menyebabkan jadi rebah begitu sahaja. Kerana suara tu derah do oh(kuat sangat). Macam- macam nama yg Tuhan guna untuk tarik perhatian manusia. Kalau tak tertarik nama maka tertarik nama lain. Jadi bila orang melayu atau arab tolak islam ambil demokrasi. Itu tanda pemimpin dia tidak sebut tentang akhirat. Bila tal sebut kiamat maka orang tak sedia dengan kiamat. Yang rasuah terus rasuah. Hal nak tiris jadi tiris. Kerana apa. Kerana aku org besar aku PM aku mb aku pengawai polis besar. Tak ingat sikit abut( sedikit pun) bila dia mati dia hidup balik dan ditanya balik.
Bersambung

No comments:

Post a Comment